Monday, February 7, 2011

BAHASA MELAYU DALAM DILEMA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa-apa jua bentuk komunikasi, baik lisan mahupun tulisan. Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan pemahaman seseorang untuk bertindak balas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan yang baik dan indah atau sebaliknya. 

Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai ‘lingua franca dunia perdagangan dan ilmu, kini telah dikelaskan sebagai ‘bahasa kampungan’ yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan. Bahasa ilmu dan perdagangan ini telah dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada globalisasi. Hal ini lebih, mendukacitakan lagi terdapat ramai golongan yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris.

Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka mendapat pendidikan di barat dan terus terpengaruh dengan bahasa tersebut sehingga lupa akan bahasa sendiri yang sepatutnya diagungkan. Semasa saya menontong televisyen, saya mendapati golongan elit di Malaysia sering menggunakan bahasa Inggeris dalam apa jua keadaan.

Hal ini seharusnya dielakkan, dan harus menggunakan bahasa kebangsaan kita sendiri dan tidak terlalu mengagung-agungkan bahasa asing walaupun bahasa tersebut sebagai bahasa kedua negara kita. Selain itu, bahasa Inggeris ini juga semakin berleluasa digunakan dalam sektor swastar. Kini bahasa Melayu seakan-akan telah ‘melayu’ di bumi sendiri. Oleh itu, pelbagai langkah haruslah diambil untuk mengembalikan semula keagunannya.




No comments:

Post a Comment