Friday, February 25, 2011

KATA PENGUAT


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Penggunaan perkataan “gila” sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja pada hari ini. Golongan remaja sering kali menggunakan perkataan ini untuk menunjukkan sesuatu perkara itu terlampau besar atau mengagumkan atau berlebih-lebihan. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara secara berlebihan dipanggil kata penguat. Dan kata penguat ini berada dihadapan, tengah dan juga diakhir perkataan. Kata penguat ini berbeza dengan kata penguat yang digunakan oleh golongan remaja iaitu “gila”. 

Contoh perkataan yang sering digunakan oleh golongan remaja dengan menggunakan perkataan “gila”:

                       "cantik gila", "besar gila", "kuat gila"

Selain daripada perkataan diatas, banyak lagi perkataan yang menggunakan perkataan “gila” sebagai penguat atau menggambarkan secara berlebih-lebihan. Perkataan seperti ini juga sering digunakan oleh mahasiswa dan mahasisiwi UPSI sendiri. Tidak kira di mana pun berada sama ada dalam kelas, dalam bas atau di mana sahaja, mereka masih menggunakan perkataan seperti itu. Saya tertarik dengan perkataan “baik gila”.

Ini kerana, perkataan baik itu sudah menunjukkan sesuatu yang betul, bagus dan sempurna tetapi bila digunakan dengan perkataan “gila” ia sudah menjadi tidak enak didengar dan membawa konotasi yang tidak elok.

Menurut kamus, perkataan gila bersinonim dengan perkataan sewel, mereng , majnun, junun, tak siuman, tak waras, edan, kalap, gelong, sakit otak, sakit jiwa dan hilang akal. Saya akan cuba kaitkan maksud salah satu daripada perkataan dengan perkataan yang bersinonim dengan perkataan gila. Ini dapat dilihat dibawah :

                 - besar sewel, besar mereng, besar tak siuman, besar hilang akal

Berdasarkan contoh perkataan diatas, tidak ada satu pun penggunaan maksud perkataan gila yang sesuai. Oleh itu penggunaan perkataan “gila” dalam pertuturan seharian kita adalah tidak sesuai dan bercanggah sama sekali dengan maksud asal perkataan itu. Penggunaan istilah gila dalam tutur kata golongan renaja hari ini mungkin telah difahami “maksudnya” secara tidak langsung dan diterima pakai seterusnya menjadi tabiat.

Namun sedarlah bahawa penggunaan perkataan secara betul amatlah penting kerana, bahasa jiwa bangsa, jika rosak bahasa maka rosaklah bangsa.

p/s*- gila-gila remaja...?

No comments:

Post a Comment