Tuesday, February 22, 2011

"TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS"


 Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Coretan pada kali ini berkenaan dengan peribahasa yang sering digunakan dalam kehidupan harian masyarakat kita. Peribahasa merupakan kiasan yang membawa maksud yang mendalam untuk menyindir dalam ayat yang membawa maksud tersirat.

Peribahasa juga sering digunakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Contohnya, seperti golongan masyarakat di kampung, mereka menggunakan peribahasa dalam perbualan harian mereka. Terdapat pelbagai peribahasa yang telah dicipta dan digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu dan ada yang masih digunakan sehingga kini. Antara peribahasa yang sering digunakan ialah “Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih, Kais pagi, makan pagi, Ukur baju di badan sendiri, Talam dua muka, Alah bias tegal biasa” serta banyak lagi.



Penggunaan peribahasa ini bukan dapat menunjukkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pada zaman dahulu adalah tinggi dan pesat sehingga dapat menghasilkan peribahasa yang puitis dan bahasa yang unik. Ini menunjukkan masyarakat Melayu pada zaman dahulu sangat kreatif. Peribahasa ini lazimnya digunakan oleh golongan yang sudah berumur dan sering menjadi ikutan oleh golongan muda dan juga kanank-kanak setelah mereka mendengar peribahasa yang digunakan oleh golongan yang lebih tua serta ibu bapa mereka sendiri. Ini sedikit sebnyak dapat mengembangkan penggunaan peribahasa itu sendiri agar tidak hilang dan terus berkembang.

Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai pelbagai kegunaan dan juga mempunyai faedah-faedah tertentu dalam menyampaikan sesuatu perkara terutamanya dalam menyampai sesuatu perkara dengan menggunakan maksud tersirat. 

p/s**injit-injit semut, sape sakit naik atas...hehe

No comments:

Post a Comment