Thursday, February 24, 2011

BINATANG DALAM PERIBAHASA MELAYU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Masyarakat Melayu pada zaman dahulu sering terdedah pada persekitaran yang dikelilingi oleh hutan rimba, kebun dan ladang, sungai dan laut menyebabkan mereka sering bertemu dengan banyak binatang. Bangsa Melayu hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan binatang, sama ada binatang itu binatang buas/liar ataupun binatang ternakan.

Kalau ke kebun/ladang, mereka akan bertemu lembu, kambing dan sebagainya yang biasanya dipelihara sebagai punca pendapatan. Dengan itu, mereka dengan sendirinya mengenali binatang-binatang tersebut. Perkongsian hidup mereka dengan bintang-bintang ini membuatkan tempias binatang-binatang itu terpantul dalam peribahasa mereka. 

Antara binatang yang sering menjadi tumpuan mereka sehingga ia disebut dalam peribahasa mereka ialah harimau, gajah, kera, anjing, serigala, kambing, kerbau, babi, ayam, rusa, kancil, singa, cacing, rama-rama, kura-kura, monyet, belalang, siput, arnab, merak, pipit, enggang, ular, kucing, katak, lembu, kutu, badak, kuda, dan sebagainya.

Antaranya ialah :

Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, orang yang takut  bergaul.
- Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam)

Ayam:
- Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)

Cicak:
- Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati (gembira)

Kerbau
- Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain).


Berdasarkan huraian tersebut, jelas menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu sabgat peka dengan persekitaran sekeliling mereka. Sehinggakan dapat menghasilkan peribahasa berdasarkan sifat dan perlakuan binatang. 

Terdapat banyak lagi peribahasa yang menggunakan nama binatang. Peribahasa seperti ini juga bertujuan untuk menyindir tetapi dengan menggunakan ungkapan bahasa yang baik dan lembut dan tidak menyindir secara terus. Ini menunjukkan masyarakat dahulu bijak dalam memilih bahasa yang ingin digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

p/s** masih hairan kenapa ada orang lelaki takut kucing..lalala~~(opss!!) 


No comments:

Post a Comment