Wednesday, February 23, 2011

MAHALKAH UCAPAN TERIMA KASIH?


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Budi bahasa yang paling asas ialah mengucapkan terima kasih. Tapi, masyarakat hari ini amat sukar untuk melakukan perkara tersebut. Setiap hari saya dan rakan-rakan pergi ke kelas dengan menaiki bas. Selalunya penumpang didalam bas tersebut sentiasa ramai dan ada yang berdiri. Setelah sampai di kampus, semua penumpang ingin turun. 

Saya sempat perhatikan setiap penumpang yang turun, ada yang mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas. Ini menunjukkan sikap yang baik dan bebudi bahasa dan seharusnya diamalkan setiap masa. Namun begitu, tidak terkecuali juga ada yang terus turun tanpa mengucapkan terima kasih. Mungkin ada yang berfikir, mungkin itu sudah menjadi tugas dan perkerjaan pemandu tersebut untuk mengambil dan mengantar penumpang, dan tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih. 

Tetapi sebagai orang Melayu yang telah didik dengan budi bahasa dan kesopanan kita seharusnya mengucapkan terima kasih sebagai tanda kita menghargai seseorang itu. Ini sekadar salah satu contoh. Masih banyak lagi situasi yang hampir sama berlaku setiap hari. 

Apa yang saya cuba kupaskan kenapa perkataan terima kasih itu begitu berat untuk diucapkan? Ada pantang larangkah bila mengucapkan tanda terima kasih? Kenapa perlu sombong walaupun perkara ia tidak merugikan sesiapa pun. 



Tapi itu memang lumrah, mungkin kurang didikan tentang bagaimana untuk menghargai seseorang itu.
Ringankan mulut memberi tanda terima kasih. Bila sesuatu kerja itu dihargai, semakin semangat kita ingin memberikan sesuatu perkhidmatan dan pertolongan.

p/s**arigato kozaimas..xie xie.. 

No comments:

Post a Comment