Thursday, February 17, 2011

SEMARAK JAWI

Salam 1Malaysia

Tulisan Jawi merupakan warisan peradaban Melayu yang mempunyai nilai yang tinggi dan berkait rapat dengan perkembangan bahasa Melayu. Para pengkaji sejarah berpendapat, tulisan Jawi diperkenalkan di Nusantara sejak abad ke 5H atau ke 11M iaitu seawal kedatangan Islam. Hasil penyesuaian dan tambahan huruf-huruf Arab, tulisan Jawi berkembang pesat berikutan penemuan bahan-bahan seperti manuskrip, kitab agama, surat perjanjian dan sebagainya. 

Pada peringkat awalnya, tulisan Jawi mengalami perkembangan yang cukup pesat sebagai penyalur utama ilmu keagamaan. Hal ini kerana, sistem pendidikan agama amat menitikberatkan pengajian al-Quran dan bahasa Arab yang menjadikan tulisan Jawi sebagai satu bentuk tulisan untuk menterjemah kitab-kitab berbahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

 Sama-Sama Kita Membudayakan Tulisan Jawi

Masyarakat kini lebih-lebih lagi golongan remaja mengalami kesukaran untuk menguasai tulisan Jawi sekaligus menyebabkan kelemahan dalam pembacaan al-Quran. Keadaan ini terjadi bukan hanya di kalangan para pelajar sekolah malahan para pelajar di Institut Pengajian Tinggi yang mengalami kesukaran untuk membaca manuskrip dan kitab-kitab agama yang ditinggalkan oleh ulama silam. 

Berdasarkan fenomena ini penulis berpendapat bahawa pembudayaan tulisan Jawi jika ia tidak disuburkan pada usia seawal mungkin dan sikap tidak peka masyarakat kini boleh menyebabkan keadaannya berlarutan sehingga masa akan datang. Oleh itu, pentingnya kita membudayakan tulisan Jawi kerana, tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada bahasa Melayu.

p/s** dulu-dulu masa sekolah rendah, ingat lagi tulisan jawi macam cacing kena simbah asid..=) 

No comments:

Post a Comment