Thursday, February 10, 2011

BAHASA EUFEMISME


بسم الله الرحمن الرحيم 

Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Bahasa halus juga digunakan dalam surat-menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Bahasa halus juga dikaitkan dengan unsur eufemisme, iaitu ungkapan lembut, sopan dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar.

Semasa sedang becakap-cakap dengan kawan-kawan pun ada yang terkeluar perkataan yang boleh dianggap tidak sopan dan tidak sedap didengar, tetapi perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan dan tidak diambil peduli. Antara perkataan yang sering digunakan yang menunjukkan perkataan tersebut tidak sopan dan kasar bunyinya :



Kita seharusnya menggunakan bahasa yang lebih sopan dan halus ini kerana bahasa halus memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Penggunaan bahasa halus adalah untuk mengelakkan seseorang itu tersinggung kerana kata-kata yang kurang enak didengar.

Selain itu, setiap perkataan yang kita tuturkan akan menggambarkan identiti dan keperibadian kita sendiri. Sekiranya kita mengucapkan bahasa yang kasar, maka ia sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian kita yang mungkin bersikap kasar dan tiada kesopanan.

No comments:

Post a Comment