Friday, February 18, 2011

KESILAPAN YANG SAMA



Assalamualaikum...


Setiap hari, ada sahaja masalah bahasa yang dilakukan oleh masyarakat di sekeliling kita, tidak kira bangsa, usia, jantina, darjat mahupun pangkat. Kita akan dihujani dengan pelbagai situasi yang berbeza bergantung kepada keadaan dan pelbagai faktor. 

Apa yang ingin saya utarakan dalam diari kali ini adalah kesalahan bahasa yang digunakan oleh seorang,namun nama beliau tidak perlukan saya terangkan secara terperinci. Mungkin ada segelintir kawan-kawan yang lain tidak perasan dengan kesalahan bahasa yang dilakukan tetapi saya sempat berfikir dan merenung tentang masalah tersebut.

Dalam situasi tersebut, dia menggunakan perkataan “berbagai” tanpa menggandakannya. Sepatunya perkataan “berbagai” perlu digandakan menjadi “berbagai-bagai” ataupun gunakan sahaja perkataan “pelbagai” untuk menunjukkan perkara yang bermacam-macam. 

Pada pendapat saya, kita hendaklah mempunyai kefahaman tentang bahasa dan menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian dengan baik supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat.

p/s** tak ada idea nak mengomel...

No comments:

Post a Comment