Wednesday, February 16, 2011

PANTANG LARANG

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


Semasa kelas KOMSAS, Dr.Khariah menceritakan mengenai petua-petua yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Beliau menyatakan bahawa orang zaman dahulu kuat mengamalkan petua dan pantang larang dalam kehidupan harian mereka.

Antaranya adalah gadis pada zaman dahulu dilarang menyanyi di dapur. Kerana masyarakat pada zaman dahulu percaya bahawa apabila seseorang gadis suka menyanyi di dapur mereka akan mendapat lelaki tua sebagai suami. Selain itu juga perempuan mengandung dilarang duduk di atas kayu berakar kerana dipercayai uri peranakan mereka akan terlekat pada akar tersebut. Biasanya masyarakat zaman dahulu juga turut mempunyai isyarat tertentu. 

Contohnya apabila tetamu datang ke rumah, ibu akan mengenyit mata kepada anak mereka. Terdapat dua makna kenyitan mata itu dilakukan. Pertama membawa makna untuk menyuruh anak-anak beredar dan yang kedua adalah arahan untuk membuat air kepada tetamu. Pantang larang ini dilakukan adalah untuk menjaga perilaku seseorang individu supaya lebih bersopan santun. 



Contohnya perempuan mengandung dilarang duduk di atas akar pokok kerana tidak cantik dipandang. Masyarakat kita pada hari ini tidak lagi mementingkan pantang larang atau amalan seperti masyarakat dahulu. Mungkin masyarakat Melayu pada hari ini tidak lagi mementingkan baik buruk kelakuan mereka. Kini, tiada lagi amalan-amalan seperti ini diamalkan. 

Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini semakin berkembang maju dan tidak lagi yakin untuk mengamalkan petua-petua orang zaman dahulu. Selain itu, masyarakat pada hari ini mengganggap amalan tersebut tidak lagi wajar dilakukan. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan masyarakat Melayu kini yang tidak lagi mementingkan kesopanan dalam kehidupan mereka.

p/s** kalau menyanyi dalam bilik air macam mana eh?hehe... 


No comments:

Post a Comment