Wednesday, February 9, 2011

BAHASA CAKAP MULUT


 بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa bahasan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar.

Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuk bahasa ini juga sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Bahasa ini juga disebut bahasa kolokial atau bahasa cakap mulut.

Saya sering terdengar dan kadang-kadang menggunakan bahasa basahan ini dalam pertuturan sesama rakan-rakan. Ini kerana, bahasa seperti ini sudah menjadi kebiasaan dalam percakapan seharian. Antara perkataan yang sering digunakan ialah :



Kita seharusnya menggunakan bahasa dan perkataan yang betul dan tidak sesekali menggunakan bahasa basahan. Ini kerana, penggunaan bahasa basahan ini boleh mencemarkan bahasa Melayu dan menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir.

No comments:

Post a Comment