Friday, January 28, 2011

PENCEMARAN BAHASA


 Assalamualaikum WBT...

Menurut Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa atau ayat.

Namun pada hari ini kesalahan bahasa ini sering berlaku setiap masa tanpa sedar atau pun tidak. Hal ini juga telah berlaku kepada saya, situasi ini berlaku semasa saya berada di dalam bas untuk ke kampus. Semasa berada di dalam bas saya terdengar perbualan antara dua orang pelajar yang berada di hadapan saya. Namum begitu, isi perbualan mereka tidak dapat saya dengar dengan jelas.

Cuma yang ingin saya nyatakan di sini ialah, terdapat satu perkatan yang disebut oleh salah seorang daripada pelajar tersebut yang menarik perhatian saya ialah perkataan ‘teknologi’. Pelajar tersebut menyebut perkatan ‘teknologi’ dengan sebutan ‘teknoloji’. 

Sebutan teknoloji yang digunakan oleh pelajar tersebut adalah salah dan tidak betul. Hal ini kerana, sisitem ejaan telah menetapkan bahawa sebutan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah menurut sisitem bunyi bahasa Melayu, iaitu bunyi huruf dilafazkan sesuai dengan fonem yang dilambangkan, tetapi pelajar tersebut melafazkan perkatan sebut menurut bunyi sebutan dengan cara lain.

Selain itu, terdapat banyak lagi contoh kesalahan yang kerap dilakukan oleh masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya:


No comments:

Post a Comment