Tuesday, January 18, 2011

PENGGUNAAN SISTEM PANGGILAN HORMAT



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan ketemu kita lagi.

Kejadian ini telah berlaku dua tiga hari yang lalu. Ceritanya begini, saya dan rakan saya telah mengunjungi satu kedai yang menjual pakaian, tudung dan macam-macam lagi. Belum sempat lagi kami masuk ke kedai tersebut, dari jauh lagi tuan punya kedai tersebut telah memanggil dan mengalu-alukan kedatangan kami ke kedainya. Tuan punya kedai tersebut memanggil kami dengan sapaan dan panggilan Kak Long. Antara dialog yang digunakan oleh tuan punya kedai tersebut boleh dilihat dibawah :

Peniaga : Ye Kak long, masuk-masuk… semua ada, tudung ada baju ada…pilih-pilih… Kak Long cari apa, tudung ke?

Berdasarkan kejadian diatas, peniaga tersebut menggunakan bentuk panggilan keluarga dengan pelanggan. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, penggunaan bentuk panggilan seperti makcik dan kakak atau kak long dan sebagainya adalah untuk menyatakan keakrapan dan kemesraan dalam hubungan kekeluargaan. Sebalikanya hubungan peniaga dengan pelanggan berada dalam konteks perniagaan. Oleh itu, pelanggan haruslah dihormati bukan dimesrai. Menggunakan panggilan mesra dalam konteks ini adalah tidak sopan. Bagi masyarakat kampung, panggilan kakak dan abang adalah panggilan kepada orang yang lebih tua.

Berdasarkan situasi diatas, peniaga tersebut lebih tua daripada kami dan adalah tidak elok dan sopan sekiranya memanggil kami dengan panggilan seperti Kak Long. Bentuk panggilan hormat lain yang boleh digunakan dalam situasi kami ini ialah cik. Rasanya lebih elok dan sedap didengar. Apa yang saya perkatakan ini bukan untuk berlaku tidak sopan, tetapi untuk menerapkan penggunaan panggilan hormat yang betul walaupun kecil atau besar sesuatu urusan tersebut agar kesantunan berbahas itu tetap terpelihara.

No comments:

Post a Comment