Thursday, January 27, 2011

KAIN RENTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Ketika sedang menunggu bas untuk pergi ke Proton City, saya terlihat kain rentang yang dipasang berdekatan dengan tempat menunggu bas. Namun, setelah saya membaca maklumat yang tertulis pada kain tersebut, saya dapati terdapat perkataan yang tidak lengkap. Terdapat satu perkatan yang tidak dieja dengan betul. Mungkin pihak yang menyediakan kain rentang tersebut terlupa atau tidak mengetahui adanya kesilapan ejaan di kain rentang tersebut. Seharusnya perkataan tersebut dieja dengan tepat dan betul, iaitu “dewan” bukannya ”dewa” . Sepatutnya pihak yang menyediakan kain rentang tersebut terlebih dahulu menyemak dan memastikan segala maklumat dan ejaan serta bahasa yang digunakan adalah betul sebelum dipamerkan ditempat awan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini.

Tertera di kain rentang ini kesalahan ejaan yang jelas yang wajar kita elakkan.


Sekiranya kita ingin menyampaikan maklumat kepada orang ramai, kita haruslah memastikan maklumat yang ingin disampaikan adalah tepat dan betul sama ada dari segi ejaan dan juga bahasa. Hal ini demikian kerana maklumat yang lengkap dapat memberikan panduan kepada orang yang membacanya dan seterusnya maklumat sebenar yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca dan orang ramai. Perkara seperti ini seharusnya dielakkan agar bahasa kita terus terpelihara. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Gunakan bahasa yang betul agar bahasa kita sentiasa terpelihara.



No comments:

Post a Comment