Wednesday, January 26, 2011

ESTETIKA BAHASA PANTUN


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbth.


Pantun ialah karya puisi Melayu lama yang bukan sekadar sarat dengan makna tetapi juga padat dengan nilai estetikanya. Nilai estetikanya dapat dilihat jika sensitif dan peka dengan struktur binaan dan gaya bahasa sesebuah rangkap pantun. Struktur binaannya tidaklah dibina sewenang-wenangnya tetapi memerlukan perhatian dan kepekaan daripada semua aspek. 

Bentuk pemikiran yang tersusun dalam pantun memberikan makna tertentu dan sekaligus memperlihatkan unsur keindahan bahasanya yang amat akrab dengan kehidupan seharian masyarakat tradisi. Bahasa pantun yang indah dan halus sering kali dipengaruhi oleh makna yang didokong oleh leksikal dan rangkai kata yang mengisi rangkap pantun bukannya maksud pantun. Oleh hal yang demikian, tidak syak lagi bahawa pantun sememangnya menjadi lambang nilai estetika atau keindahan bahasa Melayu sama ada dari aspek fizikal atau gaya bahasanya. 

Tidak semua orang mampu menghasilkan sebuah pantun yang menarik terutamanya dalam aspek pemilihan kata yang halus dan penuh dengan kiasan. Sebagai contoh, penggunaan bahasa dalam pantun sindiran terdiri daripada kata-kata yang indah dan tidak menyinggung perasaan orang yang mendengarnya. Jika sindiran dilakukan secara terus-terang dengan menggunakan kata-kata yang kasar, sudah pasti akan mewujudkan suasana yang tidak harmonis dan boleh membawa kepada perselisihan faham.

Masyarakat Melayu dahulu dapat menghasilkan pantun yang penuh dengan nilai estetika dan keindahan bahasanya dan mempunyai maksud yang mendalam. Ini dapat dilihat dalam contoh pantun dibawah :



Jeruk maman rasanya sedap,
Boleh direndam dengan tauhu
Saya umpama bunga dedap,
Kembangnya segar berbau tidak.


No comments:

Post a Comment