Friday, January 21, 2011

PENGGUNAAN DIALEK

بسم الله الرحمن الرحيم

Situasi ini berlaku semasa saya berada dalam kelas, pada masa itu sesi pembentang dilakukan. Saya mendapati salah seorang daripada para pembentang ada menggunakan dialek semasa menerangkan tugasan mereka. Mungkin pelajar tersebut tidak sengaja mengeluarkan dialek tersebut atau mungkin terlalu gementar untuk bercakap dihadapan sehingga tidak dapat mengawal bahasa yang digunakan.

Rasanya tidak perlu saya menyatakan perkataan apa yang disebutkan oleh pembentang tersebut. Ini kerana, boleh dikatakan setiap daerah mempunyai dialek mereka sendiri. Jadi tidak mustahilah sekiranya mereka akan tersasul dan terkeluar dialek tersebut semasa bercakap atau membentangkan sesuatu tugasan.

Namun begitu, penggunaan dialek dalam ucapan dan urusan rasmi haruslah dielakkan dan tidak dibenarkan penggunaannya. Ini bertujuan untuk mengelak ketidakfahaman kepada pelajar yang tidak mengetahui dialek tersebut. Ini akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat difahami dengan baik. Dialek merupakan variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.

Terdapat implikasi lain yang timbul sekiranya, para pelajar menggunakan dialek seperti kedudukan bahasa Melayu akan tergugat dan mutu bahasa Melayu dalam tulisan dan lisan akan merosot. Selain itu, tidak dapat menguasai bahasa Melayu yang betul dan tepat.

No comments:

Post a Comment