Tuesday, January 25, 2011

"BAHASA HIP HOP"



Assalamualaikum dan bertemu kita lagi.

Pencemaran bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma penggunaan yang sebenar bahasa tersebut dalam masyarakat penuturnya. Pencemaran bahasa boleh menyebabkan bahasa yang digunakan menjadi tidak standard. Penggunaan tatabahasa dalam sesuatu bahasa sememangnya amat penting agar jati diri bahasa tersebut dapat dipelihara. Punca pencemaran bahasa ini berlaku disebabkan oleh pengaruh budaya asing yang meresap masuk ke negara kita. 

Antara budaya asing yang menjadi ikutan dalam kalangan remaja ialah budaya hip-hop. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana pencipta lirik lagu mennggunakan bahasa pasar. Hal ini kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti “Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai ‘bahasa seni’ dalam genre hip-hop.

Bahasa pasar ini digunakan dala penciptaan lirik lagu umpamanya, lirik lagu “Tipah Tertipu” nyanyian kumpulan Ruffedge yang popular suatu ketika dahulu . antara lirik lagunya “Tipah tertipu,tertipu tertipah” yang sudah jelas bersalahan dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu. Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa generasi akan datang untuk mempelajari bahasa tersebut. 

Generasi akan datang akan keliru untuk mempraktikan bahasa yang sesuai untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Jika generasi akan datang mengikut apa yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa itu sendiri.


No comments:

Post a Comment