Wednesday, January 19, 2011

BAHASA ROJAK BOLEH MEROSAKKAN BAHASA

Situasi ini berlaku semasa saya dan rakan-rakan sedang makan, salah seorang daripada rakan saya telah menggunakan bahasa campuran semasa dia bercakap. Bahasa campuran ini ialah bahasa rojak iaitu campuran di antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Contoh bahasa rojak yang digunakan ialah:

Eh, u taw tak, aku kan nerveous gile bila kena present kat depan tadi, tambah-tambah bila u all semua tegok aku macam singa lapar.

Bahasa rojak merupakan bahasa yang mencampurkan perkataan Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Amalan seperti ini boleh mendatangkan kesan negatif. Biasanya penggunaan bahasa rojak sama ada menggunakan bahasa Inggeris di antara bahasa Melayu dalam ayat atau separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris.

Penggunaan bahasa rojak ini memberi tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa kita. Ini kerana dapat menggambarkan bahawa bahasa kita kurang mahir sehingga terpaksa menggunakan bahasa Inggeris untuk mengungkapkan fikiran. Selain itu, sikap masyarakat juga yang tidak berusaha untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan mengatasi gejala ini. 

Hal ini seterusnya boleh menjadikan mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah dan akhirnya menjadi satu bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul harus disemai di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, golongan yang berpendidikan haruslah tahu mengawal diri dalam menggunakan bahasa supaya sentiasa menggunakan bahasa yang betul dan baik. Sekiranya mahu menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu. Begitu juga apabila berbahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment