Monday, January 17, 2011

FENOMENA "BAHASA SMS"

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya telah menerima satu mesej yang telah dihantar oleh seorang kawan menerusi telefon bimbit, mesejnya berbunyi seperti dibawah :

akum...eh, ptg nti kta g kls sama erk....ko nk g kls kul bpa nti? (14 perkataan)

Bahasa sms ini dapat dijadikan bahasa yang berbudi bahasa, seperti berikut:

Assalamualaikum, petang nanti kita pergi kelas sama-sama ya...awak hendak pergi kelas pukul berapa? (13 perkataan)

Berdasarkan bahasa sms diatas, dapat dilihat bahawa bahasa sms adalah bahasa yang tidak terkawal. Kita beranggapan bahawa bahasa sms adalah bahasa yang ringkas, tetapi sebenarnya tidak. Bahasa sms ini menggunakan lebih banyak perkataan. Akibatnya, jumlah perkataan menjadi banyak. Namun, mesej yang ingin disampaikan belum pasti jelas. Mesej diatas jelas menunjukkan perbezaan bilangan perkataan. Oleh sebab itu, apa salahnya kita menggunakan bahasa yang betul dan bukannya bahasa sms.

Saya mendapati fenomena penggunaan bahasa SMS iaitu sistem pesanan ringkas dalam kalangan penutur Bahasa Melayu semakin hari semakin sukar dikawal. Penggunaan bahasa SMS melalui telefon bimbit sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ruang yang terhad dalam menyampaikan sesuatu maksud. Namun fenomena ini tidak hanya berlaku melalui telefon bimbit, malah telah merebak kepada komunikasi yang lain seperti emel dan penulisan di laman web dan sebagainya. Ini amat menyedihkan kerana tidak ada keperihatinan dalam membataskan penggunaan sesuatu singkatan itu. Fenomena ini dapat memperlihatkan kepada kita seolah-olah segala yang telah dipelajari semasa di sekolah berkaitan kaedah penulisan yang baik sudah tidak ada gunanya lagi. Penggunaan bahasa yang tepat dan difahami oleh semua orang amat penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami maksudnya.


No comments:

Post a Comment