بسم الله الرحمن الرحيم
Cikaro, usya, hempeh, kantoi, skema, poyo, cengkodok, cun, cintan dan skodeng merupakan sebahagian daripada bahasa yang digunakan oleh golongan muda pada masa kini. Bahasa ini dipertuturkan oleh golongan tertentu, khususnya remaja. Saya tertarik untuk menulis berkaitan bahasa ini kerana, pada hari ini masyarakat semakin berleluasa menggunakan bahasa ini. Tidak terkecuali saya juga pernah menghadapi dan berdepan dengan pengguna bahasa ini. Saya juga pernah mendengar terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang menggunakan bahasa ini. Ayat dibawah merupakan salah satu contoh bahasa yang pernah saya dengar :
“Aper ni bro? Kitorang tak hingin ha nak wat bender-bender camtu!”
Bahasa yang dinyatakan diatas merupakan bahasa slanga. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan berbeza dengan kosa kata yang lainnya. Golongan remaja atau kelompok sosial tertentu sering menggunakan bahasa ini untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Penggunaan bahasa ini harus dikawal dan dielakkan.
Sekiranya bahasa ini terus digunakan, maka akan lenyaplah bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Selain itu, matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang akibat daripada penggunaan bahasa ini. Bahasa melambangkan bangsa, jika bahasa slanga terus merebak generasi akan datang akan lupa akan bahasa mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment